Tuesday, March 8, 2011

PERISTIWA 3 MAC 2011


Ini ialah anak murid saya yang berumur 4 tahun. Dia seorang yang bijak dan petah bercakap. Apa yang dapat dikongsikan disini ialah sekiranya murid mengadu atau bercerita tentang dirinya, kita sebagai guru haruslah ambil perhatian, ini kerana Muhd Nur Iman sering mengadu takut ketandas. Oleh itu, setiap kali ketandas, saya akan temankan dia ketandas. Saya buat laporan kepada ibubapa dan ibu Nur Iman mengesahkan dia memang takut untuk ketandas. Nasib malang ini berlaku dirumah ketika hujan dan Nur Iman pergi ketandas seorang diri yang tandasnya terletak diluar rumah. Mungkin rasa takut ada pada dirinya menyebabkan dia tidak berhati-hati dan terjatuh sehinggakan mendapat 3 jahitan didahinya. Oleh itu, peranan guru dan ibubapa adalah sama penting dalam menjaga kanak-kanak walau dimana dia berada samaada bersama dengan guru atau ibubapa itu sendiri.

No comments:

Post a Comment