Ini ialah anak murid saya yang berumur 4 tahun. Dia seorang yang bijak dan petah bercakap. Apa yang dapat dikongsikan disini ialah sekiranya murid mengadu atau bercerita tentang dirinya, kita sebagai guru haruslah ambil perhatian, ini kerana Muhd Nur Iman sering mengadu takut ketandas. Oleh itu, setiap kali ketandas, saya akan temankan dia ketandas. Saya buat laporan kepada ibubapa dan ibu Nur Iman mengesahkan dia memang takut untuk ketandas. Nasib malang ini berlaku dirumah ketika hujan dan Nur Iman pergi ketandas seorang diri yang tandasnya terletak diluar rumah. Mungkin rasa takut ada pada dirinya menyebabkan dia tidak berhati-hati dan terjatuh sehinggakan mendapat 3 jahitan didahinya. Oleh itu, peranan guru dan ibubapa adalah sama penting dalam menjaga kanak-kanak walau dimana dia berada samaada bersama dengan guru atau ibubapa itu sendiri.
Tuesday, March 8, 2011
HARI SUKANEKA DAN PENYAMPAIAN SIJIL PADA TAHUN 2010
ACARA JUNJUNG PUNDI KACANG
ACARA MASUKKAN PUNDI KACANG KEDALAM BAKUL
PERSEMBAHAN BACAAN DOA SELAMAT OLEH ADIK MUHD DARWISY
PERSEMBAHAN BERCERITA KISAH NABI OLEH ADIK NURFATIEHAH
PERSEMBAHAN NASYID
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
GAMBAR KENANGAN BERSAMA MURID 6 TAHUN
Monday, March 7, 2011
MESYUARAT AGONG TABIKA BAGI TAHUN 2011
UCAPAN BARISAN JAWATANKUASA TABIKA
IBUBAPA DAN A.J.K YANG HADIR
PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK SEMUA A.J.K OLEH PENYELIA PRASEKOLAH
Sejarah Penubuhan TABIKA KEMAS Rumah Rakyat Serting Tengah
Tabika Rumah Rakyat Serting Tengah berada di perkarangan Rumah Rakyat Serting Tengah dalam Daerah Jempol Mukim Serting Ulu. Tabika ini mula di wujudkan pada tahun 1981 dan beroperasi di Balai Raya Kg. Dato Johan dengan tenaga pengajar yang pertama iaitu Pn Zaiton Bt Zainal. Pengerusi Tabika yang pertama ialah Dato Ahmad Arjo Penegrusi JKKK Kg. Serting Tengah. Ketika itu Kampung Dato Johan masih dalam jagaan Kg Serting dikenali dengan nama Kg.Baru Serting Tengah.
Pada tahun 1986 sehingga 1994, Puan Sariah Bt Sitam menggantikan Pn Zaiton Zainal yang berpindah ke Tabika Kg Lonek. Dato Ahmad Arjo masih lagi menjadi pengerusi Tabika masa itu. Pada tahun 1994, atas permohonan En.Ramli bi Hussain ketua UMNO Cawangan Serting Tengah agar kelas Tabika kedua diletakkan di perkarangan Rumah Rakyat Serting Tengah. Usul ini dibangkitkan kerana hampir keseluruhan kanak-kanak pada masa itu terdiri dari anak-anak Rumah Rakyat Serting Tengah. Malahan keselamtan anak-anak lebih terjamin. KEMAS Daerah Jempol bersetuju atas usul ini maka pada tahun 1995 kelas Tabika ini dipindahkan secara rasmi di Surau lama Rumah Rakyat Serting Tengah dan tenaga pengajar masih lagi Pn Sariah Sitam. Haji Ramli bin Hussain telah dilantik menjadi pengerusi Tabika. Pada tahun yang sama Taman Desa Permai sudah mula diduduki dan bilangan murid bertambah. Pengerusi telah membawa usul agar Tabika baru ditubuhkan. Pada tahun 1998, sempena lawatan Tim.Perdana Menteri YAB Dato Sri Anuar Ibrahim ke Bayai telah meluluskan permohonan tersebut. Bilangan murid semakin bertambah, sehinggakan bangunan Kemas didirikan dengan persetujuan dari Pejabat Daerah Jempol. Sehingga sekarang murid yang bersekolah di Tabika telah menunujukkan prestasi yang baik dalam menyertai pelbagai acara dalam Hari Potensi Kanak-kanak Tabika.
Subscribe to:
Posts (Atom)